Monday, November 22, 2010

I'm back!

********************************************

Sedang bz membersihkan sawang2 di blog ini. fiuuuuuhhhhh... 
Apa perkembangan ye setelah lama tak update? Perkembangan badan itu sudah semestinya. Kalo kuncup tu, bukan Shima la kan :P ok. Hari Isnin. Biasa la..baru nak panaskan enjin untuk wat kije yang melambak kat office tu, Tapi hari cam rajin plak. Biasa cam mud malas confirm ada tapi hari terajin la sket.Hehe. Happy. Bahagia. Ngeh3x. Kenapa?


Dari tadi senyum yang xley nak stop tu. Gila da budak ni. Haha. Biasa la, bila da stress kije, macam macam la orang akan buat in order to make the stress lesser kan. Semua orang ada cara tersendiri nak releasekan tense. Kalo yaang suke memasak, maybe dengan memasak boleh buat dia rasa happy. Yang suke makan, pon lain plak citenye. Saya kalo stress saya ske menyengal dengan orang sekeliling. Which I did at my office today ;) Sudah hilang stress. 

(Promo sket )

Sekarang ni, selain menjadi enjin-nyiur, pekerjaan sampingan masa wiken adalah penolong pembuat French Ball (FB). Oh. French Ball? Ni masakan turun-temurun dari arwah moyang saya hingga ke cicit nye la ni. Sebangai 4th generation, saya kenalah tau resipi ni kan. Nak membuat FB ni sangatla rumit dan memenatkan. Tapi worth aa makan. FB sangat tidak disyorkan kepada mereka yang nak diet. Tapi kalo yang nak tambah berat badan, sila la makan :P 

I love today :)


Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia ;)

16 September 2010.
Khamis

Cuti umum. Hari ni, hari yang sangat bermakna buat saya. Sangat2 bermakna. Dari tadi sampai sekarang, rasa bahagianya masih belum hilang. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya hari ini. Hari Malaysia, 16 September 1963, di mana negara kita terbentuk daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Penyatuan. Hari ni, penyatuan keluarga saya juga berlaku. Huhu. Sangat bersyukur.

Akhirnya, dua buah keluarga yang sudah lapan tahun tidak berjumpa, hari ni, cipta memori indah. Berjumpa. Berpelukan. Bersama melepaskan rindu. Huhu. 

Saya drive, membawa si comel yang setia. Bersama Bonda tersayang dan c bulat Daniel. Dari rumah uncle di Shah Alam ke rumah Nek Yah di Cheras dan diakhiri dengan detik bersejarah di rumah Mak Long di Subang Jaya. Alhamdulillah. Akhirnya, rindu yang terbuku dalam hanti mak and maklong, dapat diluahkan. Buang yang keroh, ambil yang jernih. 

Hanya Allah je yang tahu, betapa bersyukurnya dan bahagianya perasaan sekarang.  Sangat lama xjumpa Maklong, Paklong, Abg Arip, Kak Ija and Abg Amir. Dulu masa kecik2 rapat sangat ngan abg amir. Tak sangka, dapat jmpe. =) Happy gilak!

Semua da dewasa.Mana taknya, saya pon da 23..  Mestilah abg2 and kakak2  saya lagi besar kan. eheh. I can't stop smiling. I miss them! And apa yang buat saya makin rasa bahagia ialah, mak yang mula2 xnak follow p Shah Alam, sekarang asyik senyum je. Mak happy. I'm happy too mak!! Thank you Allah. 

Okay. Esok GG datang Melaka. And beraya. After that, kiteorang akan stret p Jaybee. Nak pergi Raja Farah bertunang. and beraya di sana skalik. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. InsyaAllah. To Raja Farah, Selamat Bertunang yang ;) Tahniah!

Tuesday, August 3, 2010

Boys over Flower~

Sunbae..
Ji Hoo Sunbae :P
Boys over flower. Cite ni top abes tahun lepas.. 2009.. Masa tu ngah final year kat utp. Sume kanak2 ribena utp bz wat fyp sambil menDONLOD mengeSHARE series ni. Sume gilekan series ni. Saya, sebagai laici yang cool, xnak aa layan kan. Kalo layan, lama aa angau kat pelakon2 dia. So, berjaya xlayan walaupun agak tergugat tgk rumet melayan cite ni. keimanan sedikit tergugat melihat pelakon2nye. Lalu, external hard disk diambil dan cerita Boys over flower pon diDONLOD. Tersemadilah series tu dalam external untuk jangka masa hampir setahun..

(My Kim Hyunjoong aka Yoon Ji Hoo)

Tup tup. Sabtu lepas, saja je nak bersihkan external. Ops.Jumpe series. Ok.Niat di hati nak layan 1 or 2 je la episod. Seperti biasa..gagal. Maraton tgk cite tu dari lepas Magrib sampai Subuh. Lepas Subuh baru tdo. Tetttt. Masa tidurku terganggu. Series yang panjangnya adalah 25episod selamat dikhatamkan dalam masa 2hari. Angau.

(I love your hairstyle!)

Kenapa mesti artis korea comel dan jambu? Even derang jambu, tetap nampak cool. Ops. Saya sedang caer. Sunbae. Sunbae. Tpi, ble tgk cite suwit2 ni, kadang2 cam geram gak. Laki tu suwit sangat ngan crush dia tu. Masih wujudkah lelaki yang suwit sebegitu?Suwit tahap dewa taw, bukan tahap kanak2 tu.

Tapikan, bile tgk muka artis2 korea ke, jepun ke yang handsome2 ni, tibe2 teringat aa ape senior utp cakap. Masa tu saya practical kat Ampang. Dia cakap, " Artis Korea Jepun tu sume handsome2 sebab plastic surgery.Bukan betol." Dulu bile teringat je pe dia cakap msti terbantut hasrat nak minat artis Korea ke Jepun ni. Tapi sbab da imun, perasaan angau kembali lagi!wuhoooo. Agak2 nye, handsome2 ke orang2 korea kalo xoperate2 ni? Oh xpe. Derang operate derang yang sakit kan. Kite hargai je kehandsomeman derang dari kesakitan mereka!yeah.Ayat sungguh skema.haha :P

Sebabkan dalam cite ni, Ji Hoo acap kali memakai pakaian putih, maka, saya yang sangat mudah terpengaruh, harini p office pakai serba putih. Wuhoo. Mengharap ada la lelaki Korea datang suwit2.Ops. Tiada. Ok. Time to sleep and to dream about my Ji Hoo Sunbae :)


Thursday, July 29, 2010

Puasa

Esok: Jumaat, 30 Julai 2010.
Esok ari last kije..pas2 wiken.oh heaven. Masa sangat pantas berlalu ok.Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan 8 and bulan Ramadan ni. Sungguh cepat. Anda anda ni semua dah habis ganti pose ke belom? Kalo blom, cepat2 abeskan.da nak pose da ni.ehe. Berkobar2 perasaan nak pose tahun ni. Ye aa.. mana pernah pose sepenuhnya kat rumah sejak tahun 2000. So, tahun ni banyak angan2 tahi ayam dah terjana ni. Antaranye:

1. Nak masak menu berbuka time wiken (aha, kompem xkan berlaku!)
2.Nak try wat kek raya ngan mak (mungkin berjaya~!)
3.Taknak tinggal pose!! (hahahhaha!)
4.Nak rajin bangun sahur (mcm xberjaya gaks!)

and ade la beberapa lagi yang masih dalam proses penjanaan.haha. semangat tol.Perasaan nak pose mmg best.. Oh lupe! Nak men bunga api!! yeay. Mercun jangan main ye. Bahaya. Mercun kanak2 je yang ley main sbb mereka pakar. Orang2 yang sudah mencecah puluhan, don't try. :P

Ok. Esok kije.So need to sleep.tadaaa~

xoxotreblatrebbb

Saturday, July 24, 2010

Adikku

First of all, terima kasih to all yang msg and doakan untuk adik saya. Thanks a lot. I really need u guys to give advice and support to me, in order for me to be strong for my family.

Okay. This pic was taken on 13th July 2010. Dia baru je admit wad ni. So, masih bertenaga untuk main handphone.

This was on 14th July 2010. After his operation. He went into the operation room at 12.30 pm and came out from the room at 7.30pm. Alhamdulillah, he managed to get through all the pains. While waiting for him to get out from the operation room, only Allah knows how it feels.huhu.

Still sleeping..

On 15th July 2010. Fandy still tidur and tidur. I'm on leave that day.

This was taken when he had returned home. Hm.. Before 21st July 2010. On 21st July, dia dah buka jahitan. In total, ada 15 jahitan di situ. Huuu...

Sekarang dia much much better than before. Alhamdulillah. Tapi still kena stay dia rumah, tak boleh keluar.Saya harap dia semakin sihat and kembali seperti selaloo.Ameenn. Thanks semua!

Vampire Diaries

Hola hola hola.. I'm in the mood of Vampire Diaries..Again. I had watched this series three times.. It has 22 episodes.. He is cool. He is referring to this guy, guy in this entry. I really love to hear his voice and his face. Ouch. After start working, I don't have ample time to think or to admire other man besides my father and my siblings. Seriously, Damon (his name in Vampire Diaries), he is soooooo gorg!! 

I'm soooooooooo caer! caer! I'm planning to watch this series for the fourth time. Aha. Please la. I really can't wait for the next season.Can't wait to see his good-looking face!Caer sekali lagi ye...

All these pics saya print screen masa tgk cite ni.Aha. Tak mahu pics from other people. I absolutely in love with actor AGAIN.haha.

Can you see his sparkling eyes? :P

Can I be your non-vampire girlfriend?

I love your eyes. Mmmuaccchs!

I feel vampire in this series more real than twlight's vampire. I started to enjoy watching and reading vampires stories from Twilight's movies and books. I love to read Twilight's and the series books but I prefer to watch V.D more :P

Edward, I'm sorry. You are no longer exist in my heart!haha :P Damon Salvatore. I'm Mrs Salvatore to-be..

Wednesday, July 7, 2010

World Cup Octopus

Hola2.. Harini mud baik..haha..Kalo refer to my previous entry, ia agak berbau keemoan kan..so saya decide takmo la cite pasal org psycho tu. Cukupla saya dedicate one entry for her. Kire special la tu. Usually dedicate entry 4 encik jepun je.haha. Hm.Arini rasa best. Tenang dan Senang. Alhamdulillah.

Minacooooo... Ni la ayat yang dengar b4 start game WC kan. Abah kadang2 tibe2 je jerit word ni. Maybe makna dia worldcup kot? Hm. Saya memang tak ikuti la World Cup ni. Tpi taw la game ape yang main setiap malam sebab Daniel fanatik bola.Gile bola. Malam yang paling xley blah yang masa Brazil kalah tu. Haha. Kan ramai bajet Brazil kompem menang kan. Malam tu Abah and Daniel lawan la sape menang. Abah pilih Brazil, Daniel pilih Belanda. Masa game baru nak start, saya da tido taw. Ok, dalam proses khayal nak masuk alam mimpi kan, dengar aa derang bising2 sbb da sumbat 1 gol.Oh saya xtaw sape yang sumbatkan gol tu. Ok,lama2 saya tdo... Nyenyakk.... Tapi... lepas je abes game tu, which means Brazil kalah, Abah and Daniel gile bising kat umah. Cakap xpuas ati nape Brazil ley kalah. Great. Saya pon terjaga.haha. Ni sume gejala bola.Aishhh bola...cepatla abes...

Ok great! Arini saya dengar cite pasal sotong yang ramai juara WC. Sy baik ngan despatch boy office. So dia busan2 tadi, cite aa psal sotong ni. Semangat betol dia cite. Saya mmg sangat tak amik taw perkembangan.haha. Bile da dengar cite pasal sotong yang ramal2 ni, baru dapat kaitkan dengan topik pagi kat Hitz.fm...pasal rmal2 ni. Aha. Ingatkn da abes dengar cite dr despatch ni taw, then b4 balik, dengar plak bos borak2 ngan mmber2 dia pasal sotong ni. Aha. Baru paham pe derang cite pasal sotong ni.

Morale of this story? Shima, plez la jgn jadi laici bawah tempurung ye.haha. okay. I can't wait 4 tomorrow sebab banyak sngt benda kena wat. And xpayah dok dalam opis, which means, saya xpayah berhadapan dengan ahli sihir dalam opis tu.haha. Yeahhhhhhhhhhhhhhh!

Sunday, May 16, 2010

Happy Birthday Didie :)

Saya dah shut down my laptop ni sebenarnya.. Tapi on semula.. Nak wat entry 4 my lovely fren, Didie..

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Didie..
Happy Birthday to you..

Wa. It's 17th May 2010.. Didie, u are now 23! Congratulations!haha.. I hope that you will achieve all your goals and dreams. May Allah bless you and your family. Thanks for all your advices that you gave to me and also thanks for spending your priceless time with me. I hope, all our memories, tak kisah la kat utp or anywhere, always be the best moment happened in your life... Thanks didie 4 everything..

Selamat bekerja Didie.. Pakai cun2.. Kasik caer sume abg2 dalam opis :P and cepat2 la tukar ur status. Then next will be my turn tok tukar status :P For u didie, be confident with yourself ok? Jangan bagi orang pandang enteng pada kite.. saya yakin didie boleh harungi semua cabaran..InsyaAllah :) Lastly, I miss you..

Ahaday

Wa, kejapnye masa berlalu. esok da isnin.. Tulang belakang lum sepenuhnya tegak ni.. hehe.. Ni baru pas basuh si comel Ye, si comel sudah lama tidak mandi sebab tuannya sangat malas nak mandikan dia.. Tapi segan aa kan, gadis comel membawa comel yang busuk xmandi..hehe... Tak pasal2 nanti si comel meragam la plak.. Seb bek da wangi, so si comel xley la nak meragam kan.. Malam ni nak bg si comel minum plak.. Kang kehausan plak dia..Sayang comel.. mmuahs2x..

Hmm..sebenarnya, nak cakap thanks to Farin. Farin, awak tau kan saya kalo terharu, lama sket effect dia.. Thanks 4 the entry farin.. hehe.. Saya ngah mud rindu kawan2 ni.. Hmm.. maybe ade yang dah xkisah pasal saya kan, tapi saya memang rindukan anda.. Semua dah bz ngan life masing2, maybe kalo nak taw pasal derang, either thru fb or org lain.. Huhu.. Xpe, budak2 utp, insyaAllah boleh jmpe time anies kawen bln 6 ni kan.. harap2 la.. Hm..haaa...agi sorang yang saya mmg rindu ni, budak kecik, Azilea..waweee...dah ade blog budak kecik ni, and rasanya, ni paling lama la xjmpe dia.. Farin pon sama.. lama kot xjmpe awk.. last jmpe yang masa peristiwa kat mid valley kan? hehe.. (insiden scary+klakar+sedih) haishh... takpe.. doa sentiasa mengiringi kawan2 yang disayangi. Semoga semua berjaya dalam apa jua yang dilakukan.. eceyh..ayat skema..

Oke.. jap lagi ade perlawanan piala thomas yang malaysia kecundang. Oh xmengapa. Para pemain da berusaha.. mungkin rezeki bukan pada negara kite.. Majulah Sukan untuk Negara. Yeah. Marilah datang ke Melaka 10Jun 2010 sampai 19Jun 2010.. Sukan Malaysia (SUKMA). Excited2.. Dah alang2 dok Melaka ni, nak p la tgk.. mana taw dapat masuk tv kan.. eheh. Gile capuB.. :P

Daa~

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Puan Laila

Mak..
Selamat Hari Ibu..
Setiap hari tak kan bermakna tanpa mak..
Kesabaran, kekuatan, kecekalan mak dalam menempuh dugaan hidup dalam berkeluarga sangat2 Ima kagumi..
Syurga isteri dibawah kaki suami.. InsyaAllah mak tergolong dalam golongan isteri yang sngat taat pada suami dan juga seorang ibu yang sangat penyayang dan bertanggungjawab..
Semoga mak sentiasa tabah dan kuat.. Ima akan sentiasa berada bersama mak.. Sebab ima nak tinggal dekat je dengan mak.. 
Mak adalah kekuatan ima..
I love you.. 

Sunday, May 2, 2010

Nadiadam bertunang~

Hola2..
Harini sangat penuh!Oh, tapi masih sempat nak conteng-conteng kat kerusirajin ni. haha. Pagi-pagi tadi dah pergi rumah Nadia Adam(member kat sek tinggi perempuan,stpm). Dia bertunang~! wuhooo.. Dah dua orang geng STPM bertunang. Murni first, Nadia Adam second. Both of them ni budak lompat. Haish, langkah bendul la adik dua orang ni.. Akak Shima belom lagi ni. Ni baru member STPM, tak termasuk budak2 UTP n Jasin agik. Kalo UTP, or to be more specific, eejan05, memang da ramai. Bulan june ni je dua orang akan langsungkan majlis kahwin and lagi 2 akan bertunang. Meriah hidup!! Hope ikatan yang telah terjalin akan dirahmati and berkekalan hingga akhir hayat. Ameen. 


Yang tak tahan masa majlis Nadia Adam ni, saya and member agi sorang ni, jadi mak andam dia. Hak3. Dah la kiteorang berdua ni yang paling xreti pasal nak andam2 ni. Terpaksa la Nadia jadi mangsa kiteorang. Seb bek chantek.Aum. Hmm. Masa saya and Suhaila dok dalam bilik teman Nadia ni lepas dia sarung cincin kan, kiteorang pon korek2 la, macam mana dia boleh kenal Ahmad Firdaus (tunangnya) ni.. Derang kenal sebab tersalah number masa hari raya. Hmm. Dah jodoh kan, macam macam cara boleh jadi. Berkawan lima tahun and bertunang. Semoga pertunangan derang akan diakhiri dengan perkahwinan.Insya-Allah. 

Geng gossip girl plak, hum. Dah taw sape yang akan bertunang first. Yang akan menyusul selepasnya plak, tak tahu la kan sape. Wawa. Cam tak sabar nak p majlis kawen geng sendiri. Siyesly. Kalo ikot perjanjian yang telah dimeterai masa zaman tok kaduk dulu, saya kena sampai umah geng2 gossip girl, time derang kawen, tiga hari awal. Haha. tiga hari ke seminggu ea? Lupe aa :P Wawa. Semoga semua orang akan bertemu dengan Mr and Mrs Right ye!InsyaAllah. :)

Congratulations! 

p/s: Hargailah orang yang menyayangi kita, bukan cuba menyayangi orang yang tidak menyayangi dan tidak menghargai kita.

Friday, April 30, 2010

Adamaya



Sekarang, up-to-date cite Adamaya ni dah episod ke-15. Masa start cite ni, xlayan pon sebab biasalakan, busy sket time petang2.. haha.. this week cam sangat free, and ley ngadap tv suke ati dari kol bape pon sampai kol bape nak.. So, terlayan la Adamaya ni. Apakah daya tarikan cite ni yang membuatkan saya nak tengok? Mestila sebab Lisa Surihani. Dia sangat cantik, comel dan ada perwatakan yang best. Sein ni, saya xde la minat. Biasa2 je.. Tapi bila da tgok dia dalam cite ni.. saya sangat caer. Memang Sein handsome, tpi jatuh hati sebab dalam cite ni dia sangat sayangkan isteri dia and cool. Caer~ And, sebab lain nak tgok cite ni maybe  ramai gle yang ckp cite ni best (ikut trend).. So, xmo aa ketinggalan lagi kan.. (dulu saya pernah ketinggalan sebab xlayan Nur Kasih)

Saya start tengok cite ni dari episod 12.. So xde la berapa nak faham character sorang2 kan.. Malam tadi, lepas siap2 ajar Daniel wat omwek, saya pon bersiap2 and layan Adamaya dari first episode. Berbunga2 gile perasaan malam tadi. Tdo dalam kol 4. B4 tdo tu da boleh bajet la, yang malam ni mesti mimpi best2 je.. Aum. I like. Memang betol pon mimpi best. xingat mimpi pe, yang pasti, bangun subuh tu cam perasaan bahagia dapat suami cam Adam(Sein). Aum Aum Aum. Tapi betol la.. skrg nye part cam xberapa nak suwit sangat.. So xde la excited sangat nak tunggu episod akan datang. Masih boleh bersabar :P (saya memang suke cite suwit2 and jiwang2 je :P)Bestnye kalau semua suami kat dunia ni layan isteri derang dengan sebaik-baiknya dan mengikut hak yang sepatutnya seorang isteri dpat kan.

Sambil tengok cite ni, ada la jugak terfikir untuk diri sendiri. Kalau nak cari suami tu, kenalah yang betul2, yang boleh sayang kita and pimpin kita kan. Macam Adam. Tapi ada juga lelaki yang tak reti nak pimpin and tak laksanakan tanggungjawab as suami yang baik. Macam Dani. Realiti.  Kadang-kadang tengok kat tv, kite xpk pon spesies2 macam ni wujud kan. kite sering katakan "ala, drama je tu". Pada saya, kalo xterjadi dalam realiti, macam mana penulis2 skrip boleh terfikir kan? Hum, merepek plak. 


Apa-apa pun, Lisa sangat comel and cantik. Suke tengok muka and telatah dia ;)

Sunday, April 25, 2010

Gossip Girl

"Gossip girl here, your one and only source into the scandalous life of Manhattan elite"

Seriously! Da lama tak update my favourite series ni. Ya. Malas nak download. Kalo kat UTP, ada orang lain yang rajin download kan. Semalam after borak ngan Filz, and she told me skng GG da sampai episode 18.Ouch! Meaning, dah tak update 6 episod! How's thing getting between Chuck and Blair? Hua! Okay. After I ended my phone call, tangan laju2 p download GG sampai episod 18. Yeah. Malam tadi da complete semua episod!I'm so happy. Okay. Ni baru je habis tengok semua episod! Yeah! I love Chuck Bass! Sangat suke dia ngan Blair. I love their characters. Haish. Betol la kata my friend, dia yang tak emo tgk episod 18 pon jadi emo. Apatah lagi saya yang memang emo kalo tgk cite ni. Aish. I can't wait to watch the next episode!huu.. ble nak keluar ni. Tak ley nak wat review pasal episode2 GG, nanti Timah marah :P wahahaha. Tim, saya sure awak pun akan menanges. Sila sediakan tisu ye. Okay, now nak sambung tengok desperate housewives plaks. Series ni, saya ske watak Gabby. She's cute. ;) okay. daa~

I love these dialogues. Love.

What do you love most about Dorota?
So many things I love about her. But I think what I love most is what I feel with her. With Dorota, I am best possible version of myself. I had piece in my heart  knowing that I would be a good husband and great father, I will die in proud as a man very much in love with her.

wawa. so suwit ok. I love it. maybe, one day, the name in the dialogue will be replaced by Shima Laili :P

Saturday, April 24, 2010

Jauh

Jauh..
Apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan jauh?
Jauh perjalanan luas pemandangan?
Jauhari mengenal manikam?
Oh. Apa da merepek. Ok. Mengenali sesuatu melalui jarak jauh. Itu adalah sangat sinonim dengan dekat. Dekat pula sinonim dengan internet. Ya. Internet. Yahoo Messenger. Google Talk. Facebook. Walaupun jauh, medium ini menjadikan semuanya dekat. TV9: Dekat dihati. Jauh. Sabar. Tawakal. Mempercayai. InsyaAllah. Dipermudahkan. Ameen

Miss me?

Semalam. Mata sangat berat. Macam ada papan luncur ais kat atas kelopak mata. Oh, mengantuk. Maka, tidur awal. Jam 10. Laptop terbiar tanpa ditutup.

Jam 3.45pagi..
Tum tam tim tum tum... (sila bayangkan bunyi guruh yang nak hujan)
sringggggggg syuhhhhh  (sekarang bayangkan bunyi hujan turun ke bumi Melaka)

Okay. Tersedar dari lena. Mimpi apa? oh tak ingat. xpenting. Sejuk gile kot time tu. Sejuk! Camne la kot rasa sejuk kalo kat Jepun ek? Kena tanya sensei Jepun dulu before berbicara pasal Jepun. Ok. Mata tak boleh tutup. Dalam erti kata lain, dah hilang mengantuk. Apa lagi, tangan dengan pantas, mengambil laptop. Mafia Wars Sepam. rugi  banyak energy dah ni. So, main mafia wars. Yeah. Naik 3level. I like very2 the munchy crunchy bunchy...

Setelah habis semua energy and stamina Don Laici dalam Mafia Wars, maka, Don Laici menjadi stalker. Tengok pix2 member2 sekolah rendah. Okay. Im almost 23 years old. Tua dah. When think about age, terus jadi sleepy. Then Don Laici pon melelapkan mata. Lelapkan mata. Selamat Malam, ops Selamat Pagi. (Its almost 4.30am) 

Kemudian, mimpi indah. Miss me? hehe. Trase macam tak nak bangun dari tidoq je. tapi Mak dah kejut suh solat Subuh. Oh.Menyesal xmimpi awal2. Duration mimpi ni kejap sangat. Kerugian. Effect mimpi sebelum Subuh masih lekat dalam otak ni. I'm happy.

Saturday, February 20, 2010

Second Accident

"Booooomm"
My car langgar belakang kete Myvi Cream. huhu. Im injured. Lebih teruk dari my first accident last year.. My car kali ni remuk bahagian depan yang teruk. Semua yang terlibat dalam accident ni lebam-lebam badan and ada luka-luka. Trauma nak drive makin menjadi-jadi. Baru je recover, then involved in another accident. huhu. This time also, not my fault. Myvi tu yang stop  kat selekoh jalan. Dah la jalan tu jalan turun bukit. So, semua kereta berada dalam kelajuan yang agak laju. Huhu. Owner Myvi tu pon budak Utp, my coursemate. He is with his gf. Budak EEJan05 gaks. hurm. Luckily both of them pon selamat. Just luka sikit-sikit je. 

After the accident kan, saya mkin cuak nak naik kete and jdi makin pendiam. Badan sangat lemah, maybe sebab hentakan yang kuat. Kaki macam tak ley nak gerak sangat sebab kali ni, yang teruk is bahagian depan kete. Kaki terkena sumthing masa accident tu. Huhu. Sangat sakit. Sangat Scary. Huhu. Sepatutnye, lepas accident kena terus wat report police kan. Tapi sebab da masuk waktu Subuh, mimpi yang ngeri ni pon terhenti. Huhu. Alhamdulillah mimpi je. Minx la dijauhkan dari sebarang kemalangan. Asal accident je, Myvi mesti terlibat. Last year Myvi Hitam. Ni cream plak.huhu. Ok. Memandulah dengan berhati-hati. Ingatlah mereka yang menyanyangi kita :)

p/s: b4 tido saya baca doa and basuh kaki. Tapi mimpi gak..huhu

Saturday, February 13, 2010

Photostat-gul

"dik, nak photostat boleh?"

"kak, photostat kak"

"brape sen selai photostat?"

"kalau sy nak besarkan gambar ni sikit jadi A3 boleh?"


Oh.Ni la soklan-soklan favourite buat si photostater yang tegar. Hari ni memang duduk kedai je sebab yang lain semua bz amik video pengantin. Arini mmg agak ramai customer tapi masih sempat mengUpDatE blog.hak3. Ramai sket sebab area ni memang kawasan cina berniaga. Derang sume kan nak beraya. So, untung la sket bukak kedai time raya-raya ni.keh3..

Time takde customer, usha aa The Star yang beli pagi tadikan, nak carik kije. Pas2 ade la 2 org customer yang bg cadangan nak minx kije kat mana. yang pertama ni abg technician JKR kot. Dia photostat drawing & schematic tranmission line yang sememangnye saya paham. Then dia suh apply kije kat JKR. oke. akan apply kalo berani. haha. Then yang kedua ialah Tok Sidang merangkap Ketua UMNO kawasan dekat-dekat ni la.. dia bahasakan diri dia atuk. Dia suh apply kije jadi kerani dulu kat MBMB Melaka. Then kalo ade kosong jawatan engineer, baru masuk. hurm. Bernas jugak. Maybe dia pakcik ni, oh silap, atuk ni akan dipertimbangkan. hehe. Mungkin ada banyak lagi idea menanti kalo jaga kedai ni sampai Subuh esok.

Walaupun sambil jaga kedai ni ada internet n tv, hiburan keduaniaan yang nyata, mata tetap mendambakan alam maya iaitu, TIDO. aishh. sorang2 jaga kedai mmg la ngantuk. xde orang nak ajak gado. haishh. Adik-adikku cepatla balik, busann!ngantuk!


Merujuk kepada gambar diatas, terdapat bakul berisi buah limau. Ni kalo customer nak amikla.. Kat umah sangat banyak limau sebab mak saya cikgu di sekolah cina. So dapat berkotak-kotak limau. Selamat Tahun Baru Cina ya. 1 Malaysia! yeah. Ni la tempat saya duduk bajet sebagai bos besar kat kedai ni sambil2 main tenet and baca soratkabo. Yang atas meja and kat dinding tu sume gambar-gambar pengantin. Fuh. sabar-sabar. Lambat lagik nak kawen.hak3.


haa.. ni a baru betol owner kedai ni. Nama dia Nashrul Dinie. Nama bajet ensem dia Nas. Nama selekeh dia time men masak-masak time kecik Aloyz. Dia photographer yang sangat talented. Bangga ngan adik sendiri tibe2. hak3.


Dua dalam sehari

Eip..
Arinikan Sabtu, so bibik ley aa bangun lambat sket.. Bangun dlm kol 9.30 pagi..
Keluar bilik, senyap gile umah. Pintu berkunci plak tu. Cam kompius kenapa.. Nape umah senyap.. Pas2 check kete, oh tinggal kete saya je kat umah.. Sume orang lari dari umah ke ni.. Konpius sbb mamai baru bangun tido aa kan.. Tapi ingat masa Subuh pagi tadi, lepas azan, ada pakcik wat announcement kat Surau yang Pakcik Razali meninggal dunia pukul 11.20 malam.. Oke.. takde la mamai sngat kan.. Then baru ingat arini sume hero2 kat umah ni- Abah, Aloy, Fandy and Daniel keluar amik video kahwin. Ade function kat tiga rumah.. Fine2 da ley taw nape sume orang tak ade kat umah. Tapi mak g mana? haish. Oh-dalam otak pk, mak p beli ikan kat kedai dekat-dekat ni. So, sy pon mandi and siap2 nak jejak kasih. Sambil tu p aa beli paper The Star  skali sebab nak carik kije kan.. Then, odw balik, saja je aa lalu jalan jauh kat taman, nak tengok nape banyak van bomba kat taman ni. ade umah terbakar ke.. harini cam hari pelik.. kat 1 lorong ni penuh kenderaan bomba and satu lorong agi ni penuh khemah2.. Sebab ade orang kawen arini.. Then tibe kat 1 selekoh, bertembung ngan van bomba.. Usha aa orang dalam van tu.. Penuh orng pakai baju Melayu and pintu van terbuka.. Rupenya, van tu bawak jenazah Pak cik Razali tu..

Then, sampai umah, nak siap2 bukak kedai mak balik. Berbaju kurung. Oh-ok. Mak p melawat pakcik tu. Nyesal tak bangun awal, kalo tak boleh g melawat sekali.. huuu. Keburukan bangun lambat ye anak2.. Dont try this at home!hua. Innalillah. Sedekahkan Al-Fatihah buatnya.. Dalam 1 taman yang kecil, ada satu kematian dan satu majlis perkahwinan, yang mana, dua-dua rumah ni, hanya selang beberapa rumah je..huhu.  Dalam masa gembira, kita kena ingat, kematian tu pasti. Insaf2.. huhu..

Biasa kalo tgk orang kawen, tgk video orang kawen, tgk gmbar kawen, dalam hati ni mesti aa ade gak rasa nak kawen. Bila tengok orang meninggal, trase gak perasaan takotnye.. Kena baiki diri ni.. jadi orang yang lebih baik dari sebelum ni. :)

Friday, February 12, 2010

Tunang Bertunang Pertunangan Menunangkan

Assalamualaikum wbt..


Jumaat.Semua orang suke Jumaat!Penghulu segala hari. hehe. Sekarang, pukul 9pagi. Awal bangun arini.. Semangat2 hari Jumaat. Bibik pon semangat taw..hehe.. Harini rasa cam nak cite pasal TUNANG. haha. Masa kat kat utp, before presentation FYP kan, sume budak2 EE da masuk air termasuklah saya. Sebab slumber2 angat, smpai Syuk berjaya dapat ruang nak kenakan saya.. Oh. Laici bertunang! 3L- L*** Loves Laici. Kasih Abadi 3L. Biasa saya kenakan orang, err tapi kali ni, proses kenakan cik laici secara pukal dari budak eejan05. 




Epilog 1: Komen Facebook dan Status Gtalk


Mula-mula perang-perang komen je kat page Syuk, tapi disebabkan da tersalah ayat, syuk dapat peluang and buat status kat Gtalk. ahaa. Kuang asam! Then budak2 rumah dia pon buat status yang menimbulkan syakwasangka kepada mereka2 yang ada Gtalk mereka-mereka ini.  Oh masa tu Study week. Agi 3ari kiteorang ada paper Engineers In Society [saya kantoi paper tu.haha] . Subjek ni mmg agak busan sbb kena hafal banyak Akta-akta. Maybe sebab tension menghafal menjadikan semua candidates sengal. Berbalik pada komen d page Syuk yang mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak dan masyarakat. Orang yang xkenal pon ucapkan tahniah atas pertunangan kami. Ahaks! Dah puas komen, sorang2 kat list Gtalk wat status " L*** dah nak bertunang lepas present FYP". Oh. yang paling xley blah status Iman, siap letak tarikh besday dia as tarikh bertunangan cik Laici and L***. Ramai juga mangsa2 yang telah dikenalpasti sebagai mereka yang percaya akan pertunangan tipu2 ini. Antara yang berjaya dikenalpasti: Sufi, Miza, Hetty, and bbrapa lagi. 





Epilog 2: Lagu kawen uploaded by Syaqiq Mat Sihat Click Here
After papan upload video ni kat facebook, lagi ramai la yang tertipu.. budak2 bukan utp pon ingat betol.. and know what, i oso got two sms from budak luar utp wish me congratulations.. time tu, mmg mgunakan kata azimat L***, hanya mampu tersenyum


Epilog seterusnya:
Oh banyakla yang jadi dalam sebulan kiteorang bertunang ni.haha. Antara lain, kiteorang bersanding kat Ameeth. Aha. Semua orang sporting..  sebab ni mmg mapley terakhir beramai2 after abes pizen FYP and b4 semua start masuk ke dunia pekerjaan.. wuhoo. Lega kot da abes pizen. How I miss my student life.. but xnak FYP.psfftt. Say no to FYP. haha.


Pergh. Pagi-pagi dah mengimbau kenangan zaman silam yang takde la brape nak silam sangat. saja je nak tulis pasal kenangan ni. Sebab mud teringat budak ee ni. Tibe-tibe rasa cam buang tabiat teringat kat derang.. Yakin2 derang xbaca my blog ni.haha.. Most of them dah kije skang, thats good! ^_^


Monster-monster yang kenakan:
Syaqiq(ketua segala kejahatan 1), Syuk (ketua segala kejahatan 2), Ganu, Lutfi, Pudin, Kema, Norman, Filzah(awak buat status) .. Tapi Nad, Tim, Syaza, Una, Didie, Raja Farah plak, poyo! kesiankan L*** je.. sebab ayat dia "aku hanya mampu tersenyum". Kuang asam. Kalo dia hanya mampu tersenyum, saya hanya mampu gelakkan dia je. haha.. Tapi semua tu dah berlalu.. Kenangan.. Kenangan.. 

Monday, February 8, 2010

Happy Birthday!

hi2..

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to my lil sis, Filzah Hanis,
Happy Birthday to you..


[30th November 2007-Cameron Highlands]


"Friendship for some is like nurturing a garden..

A garden symbolizes devotion, leisure and patience.
It takes a lot of time to grow a garden as it involves hard task and frustrations are also involved..
Once the seed is planted, the seed builds the foundation of a strong and stable plant..
Once the bud sprouts, it has to be watered daily and taken care of..
Finally, after months of hard tack, the plant flourishes.."

p/s: saya xpandai bermadah.. tapi ayat di atas khas untuk awak yang :)

Sunday, February 7, 2010

Japanese Language

hi2..
From now on, im trying to update my blog everyday..
keh3.. just for my own satisfaction..
oh.. today, as usual I open jobstreet to search for new jobs posted by any company la kan.. yang mbuatkan rasa geram, when read the requirements, semuanye memenuhi except for*required language: japanese* . Cam menarik job descriptions tu, tapi not meet the requirements la plak.. huhu.. nevermind la.. after this kena amik tutorial kelas Jepun la kan.. xpe2.. da ade sensei from Saitama.. Nama dia cikgu perasan handsome atau dalam erti kata lain Sensei perasan hansamu.. lalalalala~


Okay. tomorrow is Monday. For those yang da kije.. mesti rasa... aaa.. "Monday blues". "I hate Monday". To me, everyday just the same.. Im the best bibik and continue being a bibik from Monday to Sunday ok.. Im proud being a very talented, dedicated, cute and super charming bibik.. haha.. dont hesitate to contact me if u wish to become Super bibik like me k? hehe :P
daa~ ( i need to continue ironing gosoking baju *sigh* )


Monday, February 1, 2010

Suka dan Duka

Allah selamatkan Mak,
Allah selamatkan Mak,
Allah selamatkan Puan Laila Binti Majid,
Allah selamatkan Mak.

Happy Birthday Mak! hehe. This year dapat celebrate besday mak *fullhouse*. Semua ade kat rumah. Kalo x, i will be the one yg xdpt makan kek!hehe. My wish for mak.. Hope that mak kuat, tabah, cam badang! boleh handle all the problems ngan wajah ceria. Harini mak p sekolah, pakai baju baru..wuhoo.. Baju sponsored by Aloy, tudung by Adik Daniel, and kasut by Fandy.. Me sponsor kek je la. Im so happy on my mum's birthday and sangat tired juge mengemas rumah n layan kerenah Daniel.. hehe.

A day before, meaning 31st January, my uncle belah abah meninggal dunia. sakit tua. Sepanjang hidup yang da berumur 22 tahun 8bulan 5hari ni, this was my second time hadir majlis kematian.. huhu. Insaf2. My first was my atuk belah mak, 28th December 1996. Before this xdpt nak ziarah sebab kat hostel or utp. My uncle ni, meninggal 8.45pg. Kebumi lepas Zohor. Sampai rumah dia kol 9lebey and dpt la tgk semua2 urusan. And first time tgk jenazah tu di masukkan dalam liang lahad. huhu. Memang datang la rasa insaf dalam diri ni. Besides sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, saya sempatla muhasabah diri sendiri. huhu. Setiap yang hidup, mesti akan meninggal dunia kan. So, sementara ada masa ni, lebih baik kita guna tuk baiki diri ni. To all.. Saya minta maaf ye salah silap. Sedekahkan Al-Fatihah buat pakcik saya, Allahyarham Mahmod bin Aminah. Thanks...