Saturday, February 13, 2010

Photostat-gul

"dik, nak photostat boleh?"

"kak, photostat kak"

"brape sen selai photostat?"

"kalau sy nak besarkan gambar ni sikit jadi A3 boleh?"


Oh.Ni la soklan-soklan favourite buat si photostater yang tegar. Hari ni memang duduk kedai je sebab yang lain semua bz amik video pengantin. Arini mmg agak ramai customer tapi masih sempat mengUpDatE blog.hak3. Ramai sket sebab area ni memang kawasan cina berniaga. Derang sume kan nak beraya. So, untung la sket bukak kedai time raya-raya ni.keh3..

Time takde customer, usha aa The Star yang beli pagi tadikan, nak carik kije. Pas2 ade la 2 org customer yang bg cadangan nak minx kije kat mana. yang pertama ni abg technician JKR kot. Dia photostat drawing & schematic tranmission line yang sememangnye saya paham. Then dia suh apply kije kat JKR. oke. akan apply kalo berani. haha. Then yang kedua ialah Tok Sidang merangkap Ketua UMNO kawasan dekat-dekat ni la.. dia bahasakan diri dia atuk. Dia suh apply kije jadi kerani dulu kat MBMB Melaka. Then kalo ade kosong jawatan engineer, baru masuk. hurm. Bernas jugak. Maybe dia pakcik ni, oh silap, atuk ni akan dipertimbangkan. hehe. Mungkin ada banyak lagi idea menanti kalo jaga kedai ni sampai Subuh esok.

Walaupun sambil jaga kedai ni ada internet n tv, hiburan keduaniaan yang nyata, mata tetap mendambakan alam maya iaitu, TIDO. aishh. sorang2 jaga kedai mmg la ngantuk. xde orang nak ajak gado. haishh. Adik-adikku cepatla balik, busann!ngantuk!


Merujuk kepada gambar diatas, terdapat bakul berisi buah limau. Ni kalo customer nak amikla.. Kat umah sangat banyak limau sebab mak saya cikgu di sekolah cina. So dapat berkotak-kotak limau. Selamat Tahun Baru Cina ya. 1 Malaysia! yeah. Ni la tempat saya duduk bajet sebagai bos besar kat kedai ni sambil2 main tenet and baca soratkabo. Yang atas meja and kat dinding tu sume gambar-gambar pengantin. Fuh. sabar-sabar. Lambat lagik nak kawen.hak3.


haa.. ni a baru betol owner kedai ni. Nama dia Nashrul Dinie. Nama bajet ensem dia Nas. Nama selekeh dia time men masak-masak time kecik Aloyz. Dia photographer yang sangat talented. Bangga ngan adik sendiri tibe2. hak3.


1 comment:

didie said...

gadis fotosetat yg vogue!! ;D