Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia ;)

16 September 2010.
Khamis

Cuti umum. Hari ni, hari yang sangat bermakna buat saya. Sangat2 bermakna. Dari tadi sampai sekarang, rasa bahagianya masih belum hilang. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya hari ini. Hari Malaysia, 16 September 1963, di mana negara kita terbentuk daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Penyatuan. Hari ni, penyatuan keluarga saya juga berlaku. Huhu. Sangat bersyukur.

Akhirnya, dua buah keluarga yang sudah lapan tahun tidak berjumpa, hari ni, cipta memori indah. Berjumpa. Berpelukan. Bersama melepaskan rindu. Huhu. 

Saya drive, membawa si comel yang setia. Bersama Bonda tersayang dan c bulat Daniel. Dari rumah uncle di Shah Alam ke rumah Nek Yah di Cheras dan diakhiri dengan detik bersejarah di rumah Mak Long di Subang Jaya. Alhamdulillah. Akhirnya, rindu yang terbuku dalam hanti mak and maklong, dapat diluahkan. Buang yang keroh, ambil yang jernih. 

Hanya Allah je yang tahu, betapa bersyukurnya dan bahagianya perasaan sekarang.  Sangat lama xjumpa Maklong, Paklong, Abg Arip, Kak Ija and Abg Amir. Dulu masa kecik2 rapat sangat ngan abg amir. Tak sangka, dapat jmpe. =) Happy gilak!

Semua da dewasa.Mana taknya, saya pon da 23..  Mestilah abg2 and kakak2  saya lagi besar kan. eheh. I can't stop smiling. I miss them! And apa yang buat saya makin rasa bahagia ialah, mak yang mula2 xnak follow p Shah Alam, sekarang asyik senyum je. Mak happy. I'm happy too mak!! Thank you Allah. 

Okay. Esok GG datang Melaka. And beraya. After that, kiteorang akan stret p Jaybee. Nak pergi Raja Farah bertunang. and beraya di sana skalik. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. InsyaAllah. To Raja Farah, Selamat Bertunang yang ;) Tahniah!