Tajuk : Kawen Lari
Penulis : Situ Nur Baidura (Dura Garang)
Tujuan : Hiburan 511
+kompem korg2 akan pening bile baca karangan Dura ni.hahaha..pas2 kompius+
Segalanya bermula dengan seorang gadis yang ingin melangsungkan majlis kawen lari bernama Shima dengan kekasihnya Aiman. Satu kelas 511 cuba mencari mereka sehinggakan Farina & Azilea berlarian untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka. Sebenarnya Fadhil dan Helmy telah mengetahui hal tersebut dan cuba untuk meng'spoil'kan majlis tersebut dengan melarikan mak andam, iaitu Yaya dan tok kadi, Zuresh. Mustaqim merupakan tukang masak Shima dan Aiman ternampak perkara tersebut lalu berlari ke arah Bullet & Firdaus iaitu bodyguard kepada Huda (adik Shima). Bullet dan Firdaus pun berlari-larian kerana tidak tahu untuk melakukan apa-apa. Mustaqim yang kehairanan pun menyambung memasak kerang wangi bersama sirap. Dayah, kakak kepada Huda, berfikir dengan pantas dan mengajak Farina dan Azilea untuk mencari mak andam dan tok kadi yang baru.
Sebenarnya, Helmy & Fadhil melarikan Zuresh dan Yaya untuk dibawa ke majlis perkahwinan antara Farid & Kak Pah. Yaya yang sememangnya membenci Kak Pah, telah me'make-up'kan Kak Pah dengan hodoh sekali. Apabila majlis akad nikah bermula, Farid terkejut beruk melihat muka Kak Pah lalu lari meniggalkannya dan terus ke rumah Syafiq (sahabat karibnya) yang juga sedang bersiap untuk kawen lari di Thailand bersama dengan Mira Nadia. Izatul yang sangat menyintai Syafiq sehinggakan sanggup bermadu bersama Mira Nadia. Tetapi, apabila Mira Nadia ternampak akan Farid, Mira terus membuat keputusan untuk berkahwen dengan Farid.
Huda telah menjumpai penganti mak andam dan tok kadi iaitu Umairah & Hilmee yang merupakan sepasang suami isteri. Mereka sebenarnya telah ditempah oleh pasangan Syafiq & Izatul . Mira Nadia yang sudah jatuh hati kepada Farid pun mengambil Bie & Izzat sebagai mak andam dan tok kadi. Khairul, boduguard Syafiqtelah ditugaskan untuk menjemput abg Syafiq iaitu Arif dan isterinya Farah. Farah yang berbelah bagi sama ada ingin menghadiri majlis Mira ataupun Izatul, telah mengambil keputusan untuk pergi ke majlis perkahwinan Shima. Maz yang telah mengetahui segal-galanya telah lari untuk memberitahu Shima & Aiman mengenai perkara sebenar.
Disebabkan cerita yang sangat panjang, majlis telah ditangguhkan. Umairah & Hilmee lalu pergi ke majlis perkahwinan Izatul & Syafiq terlebih dahulu. Kak Pah, Yaya dan Zuresh yang masih lagi kebingungan telah mengejar Helmy, Farid & Fadhil ke rumah Mira Nadia. Mira Nadia sungguh terkejut beruk kerana melihat ramai orang yang sudi datang ke rumahnya. Farid telah melarikan Mira Nadia ke rumah Aiman untuk meminta pertolongannya. Shima yang masih belum dapat menerima kenyataan daripada Maz terkejut kerana sudah ramai yang hadir ke majlis perkahwinannya termasuklah Syafiq & Izatul yang baru sudah diijabkabulkan oleh Hilmee. Shima telah berlari-lari untuk berjumpa dengan Baidura.
Baidura sudah tahu kelasnya memang mencintai antara satu sama lain cuma malu untuk berkata. Lalu Baidura mengambil keputusan untuk mengahwinkan semua orang di rumah Shima. Setelah majlis selesai, Baidura pulang ke rumah bersama-sama dengan masakan Mustaqim untuk bertemu dengan suami terchentanya iaitu, Shahrin dan berjanji dia tidak akan meninggalkan Shahrin lagi disebabkan rakan-rakannya yang kahwin lari.
Nasihat: Jangan Kahwen lari ye rakan2..
+ayat2 sume dari dura+pening2+
11 comments:
apekah dura niiii hahaha aduiii tapi ayat yg sgt betul adalah "Baidura sudah tahu kelasnya memang mencintai antara satu sama lain cuma malu untuk berkata." hahaha class yg penuh kaseh syg;) terpaling byk scandal! hehe
hahahahha...tp padanan dura salahhh
hahahahaha.. kena aa sayang pada orang yang betol kan ms chloe? hehe :P
hahaha.siyesli terhibur.. bru teringat dlu2 dura minat kat shahrin. *oops*
rndu zmn form5 =)
haha. nice 1. sgt meyayangi mcm adk bradik la.mane bole kawen
Faraha: yup2...dulu dura sangat obses ngan shahrin..hahaha..rindu form 5 juge ;)
I noe, must be Izatul yang sangat mencintai Syafiq.hahaha..homeroom mate..xbley kawen ;)
klaka la shima
ish..mane ko dpt sume ni laici..
bahawasanye ko mmg penyimpan koleksi harta 511~
haha..
tunggu aa aiman..
bak kta cikgu hasran, dari semasa ke semasa, ak akan tanpa bahan2 harta karun yang ak ade untuk tatapan :P
korg! nk buke puase same. nnt kite buat teater utk cerite ni k.haha
-yg KONON mencintai syafiq.haha
comel gler..sy pon ader kt buku biodata sy..cter lain lak..hehe..sweet gler...rnduuuuuu....huhu
mira: jom2 buke.hehe
xcukup sel: hehe..nak taw ceirta tu..dura mst wat awak watak utama.ape tajuk dia ea...hehe
Post a Comment