Sunday, May 16, 2010

Happy Birthday Didie :)

Saya dah shut down my laptop ni sebenarnya.. Tapi on semula.. Nak wat entry 4 my lovely fren, Didie..

Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Didie..
Happy Birthday to you..

Wa. It's 17th May 2010.. Didie, u are now 23! Congratulations!haha.. I hope that you will achieve all your goals and dreams. May Allah bless you and your family. Thanks for all your advices that you gave to me and also thanks for spending your priceless time with me. I hope, all our memories, tak kisah la kat utp or anywhere, always be the best moment happened in your life... Thanks didie 4 everything..

Selamat bekerja Didie.. Pakai cun2.. Kasik caer sume abg2 dalam opis :P and cepat2 la tukar ur status. Then next will be my turn tok tukar status :P For u didie, be confident with yourself ok? Jangan bagi orang pandang enteng pada kite.. saya yakin didie boleh harungi semua cabaran..InsyaAllah :) Lastly, I miss you..

Ahaday

Wa, kejapnye masa berlalu. esok da isnin.. Tulang belakang lum sepenuhnya tegak ni.. hehe.. Ni baru pas basuh si comel Ye, si comel sudah lama tidak mandi sebab tuannya sangat malas nak mandikan dia.. Tapi segan aa kan, gadis comel membawa comel yang busuk xmandi..hehe... Tak pasal2 nanti si comel meragam la plak.. Seb bek da wangi, so si comel xley la nak meragam kan.. Malam ni nak bg si comel minum plak.. Kang kehausan plak dia..Sayang comel.. mmuahs2x..

Hmm..sebenarnya, nak cakap thanks to Farin. Farin, awak tau kan saya kalo terharu, lama sket effect dia.. Thanks 4 the entry farin.. hehe.. Saya ngah mud rindu kawan2 ni.. Hmm.. maybe ade yang dah xkisah pasal saya kan, tapi saya memang rindukan anda.. Semua dah bz ngan life masing2, maybe kalo nak taw pasal derang, either thru fb or org lain.. Huhu.. Xpe, budak2 utp, insyaAllah boleh jmpe time anies kawen bln 6 ni kan.. harap2 la.. Hm..haaa...agi sorang yang saya mmg rindu ni, budak kecik, Azilea..waweee...dah ade blog budak kecik ni, and rasanya, ni paling lama la xjmpe dia.. Farin pon sama.. lama kot xjmpe awk.. last jmpe yang masa peristiwa kat mid valley kan? hehe.. (insiden scary+klakar+sedih) haishh... takpe.. doa sentiasa mengiringi kawan2 yang disayangi. Semoga semua berjaya dalam apa jua yang dilakukan.. eceyh..ayat skema..

Oke.. jap lagi ade perlawanan piala thomas yang malaysia kecundang. Oh xmengapa. Para pemain da berusaha.. mungkin rezeki bukan pada negara kite.. Majulah Sukan untuk Negara. Yeah. Marilah datang ke Melaka 10Jun 2010 sampai 19Jun 2010.. Sukan Malaysia (SUKMA). Excited2.. Dah alang2 dok Melaka ni, nak p la tgk.. mana taw dapat masuk tv kan.. eheh. Gile capuB.. :P

Daa~

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Puan Laila

Mak..
Selamat Hari Ibu..
Setiap hari tak kan bermakna tanpa mak..
Kesabaran, kekuatan, kecekalan mak dalam menempuh dugaan hidup dalam berkeluarga sangat2 Ima kagumi..
Syurga isteri dibawah kaki suami.. InsyaAllah mak tergolong dalam golongan isteri yang sngat taat pada suami dan juga seorang ibu yang sangat penyayang dan bertanggungjawab..
Semoga mak sentiasa tabah dan kuat.. Ima akan sentiasa berada bersama mak.. Sebab ima nak tinggal dekat je dengan mak.. 
Mak adalah kekuatan ima..
I love you.. 

Sunday, May 2, 2010

Nadiadam bertunang~

Hola2..
Harini sangat penuh!Oh, tapi masih sempat nak conteng-conteng kat kerusirajin ni. haha. Pagi-pagi tadi dah pergi rumah Nadia Adam(member kat sek tinggi perempuan,stpm). Dia bertunang~! wuhooo.. Dah dua orang geng STPM bertunang. Murni first, Nadia Adam second. Both of them ni budak lompat. Haish, langkah bendul la adik dua orang ni.. Akak Shima belom lagi ni. Ni baru member STPM, tak termasuk budak2 UTP n Jasin agik. Kalo UTP, or to be more specific, eejan05, memang da ramai. Bulan june ni je dua orang akan langsungkan majlis kahwin and lagi 2 akan bertunang. Meriah hidup!! Hope ikatan yang telah terjalin akan dirahmati and berkekalan hingga akhir hayat. Ameen. 


Yang tak tahan masa majlis Nadia Adam ni, saya and member agi sorang ni, jadi mak andam dia. Hak3. Dah la kiteorang berdua ni yang paling xreti pasal nak andam2 ni. Terpaksa la Nadia jadi mangsa kiteorang. Seb bek chantek.Aum. Hmm. Masa saya and Suhaila dok dalam bilik teman Nadia ni lepas dia sarung cincin kan, kiteorang pon korek2 la, macam mana dia boleh kenal Ahmad Firdaus (tunangnya) ni.. Derang kenal sebab tersalah number masa hari raya. Hmm. Dah jodoh kan, macam macam cara boleh jadi. Berkawan lima tahun and bertunang. Semoga pertunangan derang akan diakhiri dengan perkahwinan.Insya-Allah. 

Geng gossip girl plak, hum. Dah taw sape yang akan bertunang first. Yang akan menyusul selepasnya plak, tak tahu la kan sape. Wawa. Cam tak sabar nak p majlis kawen geng sendiri. Siyesly. Kalo ikot perjanjian yang telah dimeterai masa zaman tok kaduk dulu, saya kena sampai umah geng2 gossip girl, time derang kawen, tiga hari awal. Haha. tiga hari ke seminggu ea? Lupe aa :P Wawa. Semoga semua orang akan bertemu dengan Mr and Mrs Right ye!InsyaAllah. :)

Congratulations! 

p/s: Hargailah orang yang menyayangi kita, bukan cuba menyayangi orang yang tidak menyayangi dan tidak menghargai kita.

Friday, April 30, 2010

Adamaya



Sekarang, up-to-date cite Adamaya ni dah episod ke-15. Masa start cite ni, xlayan pon sebab biasalakan, busy sket time petang2.. haha.. this week cam sangat free, and ley ngadap tv suke ati dari kol bape pon sampai kol bape nak.. So, terlayan la Adamaya ni. Apakah daya tarikan cite ni yang membuatkan saya nak tengok? Mestila sebab Lisa Surihani. Dia sangat cantik, comel dan ada perwatakan yang best. Sein ni, saya xde la minat. Biasa2 je.. Tapi bila da tgok dia dalam cite ni.. saya sangat caer. Memang Sein handsome, tpi jatuh hati sebab dalam cite ni dia sangat sayangkan isteri dia and cool. Caer~ And, sebab lain nak tgok cite ni maybe  ramai gle yang ckp cite ni best (ikut trend).. So, xmo aa ketinggalan lagi kan.. (dulu saya pernah ketinggalan sebab xlayan Nur Kasih)

Saya start tengok cite ni dari episod 12.. So xde la berapa nak faham character sorang2 kan.. Malam tadi, lepas siap2 ajar Daniel wat omwek, saya pon bersiap2 and layan Adamaya dari first episode. Berbunga2 gile perasaan malam tadi. Tdo dalam kol 4. B4 tdo tu da boleh bajet la, yang malam ni mesti mimpi best2 je.. Aum. I like. Memang betol pon mimpi best. xingat mimpi pe, yang pasti, bangun subuh tu cam perasaan bahagia dapat suami cam Adam(Sein). Aum Aum Aum. Tapi betol la.. skrg nye part cam xberapa nak suwit sangat.. So xde la excited sangat nak tunggu episod akan datang. Masih boleh bersabar :P (saya memang suke cite suwit2 and jiwang2 je :P)Bestnye kalau semua suami kat dunia ni layan isteri derang dengan sebaik-baiknya dan mengikut hak yang sepatutnya seorang isteri dpat kan.

Sambil tengok cite ni, ada la jugak terfikir untuk diri sendiri. Kalau nak cari suami tu, kenalah yang betul2, yang boleh sayang kita and pimpin kita kan. Macam Adam. Tapi ada juga lelaki yang tak reti nak pimpin and tak laksanakan tanggungjawab as suami yang baik. Macam Dani. Realiti.  Kadang-kadang tengok kat tv, kite xpk pon spesies2 macam ni wujud kan. kite sering katakan "ala, drama je tu". Pada saya, kalo xterjadi dalam realiti, macam mana penulis2 skrip boleh terfikir kan? Hum, merepek plak. 


Apa-apa pun, Lisa sangat comel and cantik. Suke tengok muka and telatah dia ;)